Banyak perkara keduniaan yang baginda lakukan dipengaruhi oleh keadaan dan masyarakat sekelilingnya, kerana baginda adalah manusia yang hidup di satu tempat pada satu zaman. Sesiapa yang ada sedikit pun ilmu sirah/Quran akan tahu bahawa tak sedikit dari pilihan-pilihan baginda SAW tentang hal-hal keduniaan adalah dari ijtihadnya sendiri berdasarkan pengalaman hidupnya, dan ada masa ijithad itu tersilap dan dibetulkan oleh dirinya sendiri atau oleh Allah melalui wahyu. Contohnya:
1) Keputusannya untuk tidak membunuh tawanan perang Badar yang ditegur Allah dalam surah al-Anfal (8:67)
2) Kata-katanya bahawa tiada manfaat dalam mengkahwinkan pokok, lalu sahabat meninggalkan amalan itu dan akhirnya tanaman mereka merosot. Nabi kemudian berkata kamu lebih mengetahui hal keduniaan kamu. (Hadith dalam Sahih Muslim). Boleh baca lebih lanjut di sini: http://en.islamtoday.net/node/1691
Dan banyak lagi. Memang ada nas-nas khas yang melarang kita melakukan sesetengah perkara dengan jelas dan contoh-contoh di atas tidak patut menjadi alasan untuk kita meninggalkan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah, tapi apa yang kita perlu faham adalah banyak praktis harian Nabi adalah berdasarkan pengalamannya sebagai manusia yang hidup pada satu zaman dan satu tempat, dan kita tidak terikat dengan praktis tersebut. Bahkan, contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa kita patut menggunakan akal untuk belajar dan memerhati keadaan sekeliling dengan teliti agar dapat membuat keputusan yang baik tentang kemaslahatan diri dan masyarakat.
Buku-buku seperti "Rasulullah is my doctor" dan lain-lain sepertinya adalah buku-buku yang membawa musibah kepada umat. Sepertimana puak nasrani berlaku zalim dengan meletakkan Nabi Isa setara dengan Tuhan, bukan pada tempatnya, begitu juga penulis-penulis buku ini melakukan kezaliman kerana meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat yang tidak sepatutnya dengan memberinya peranan yang bukan tujuan baginda diutuskan.
Nak baca buku seperti itu dan mencampakkan diri ke lembah kecelakaan, terpulang. Tapi jangan mengajak orang lain sekali kepada kebinasaan dek kebodohan diri sendiri dalam memahami ilmu agama. Lagi parah kalau ianya dilakukan bukan kerana kebodohan tetapi kerana mahu mengaut keuntungan melalui penipuan. Kalau penerangan di bawah oleh Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Fadilatul Shaykh Dr Yusof al-Qaradawi tak dapat mencerahkan fikiran kalian yang sudah kabur, maka tiada apa lagi yang boleh dikatakan melainkan tunggulah azab Tuhan kerana menyesatkan manusia lain dan membawa masyarakat kepada kebinasaan.
No comments:
Post a Comment