Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Friday, 6 November 2015

Benda baik je pun, apa salahnya.....



Dalam dua minggu yang sudah, saya telah berdepan dengan dua insiden bertentangan yang menggerakkan hati saya untuk menulis post ini. Yang pertamanya melibatkan isu saya tidak mengambil bahagian dalam tahlil arwah yang dianjurkan oleh seseorang jemaah di surau saya kerana ia adalah amalan yang tidak pernah dilakukan oleh nabi SAW atau para sahabatnya. Sebenarnya pada malam tersebut saya diajdualkan memberi tazkirah tafisr Quran mingguan, tetapi tiba-tiba sahaja tazkirah itu dibatalkan tanpa saya diberitahu, digantikan dengan tahlil. Jadi dua kesalahan telah berlaku di sini iaitu, penukaran program dengan cara yang tidak menghormati agenda orang lain, dan lebih teruk lagi diganti dengan program bid’ah yakni tahlil, yang difatwakan sebagai makruh atau haram oleh semua ulama’ muktabar kempat-empat mazhab. Saya tidak menghalang sesiapa melakukan tahlil tetapi sepatutnya kalau mahu dilakukan juga, buatlah selepas tazkirah. Mana-mana masjid yang menjemput ustaz memberi kuliah, pasti akan memberi ruang untuk kuliah terlebih dahulu, kemudian baru tahlil. Saya tidak berkata apa-apa pun kepada orang tersebut, tetapi dia menjadi tidak puas hati kerana tiada orang yang mengikuti tahlilnya pada malam kedua dan ketiga kerana jemaah lain tidak berpuas hati dengan apa yang telah dia lakukan pada malam tazkirah.

Insiden yang kedua ialah seorang pak cik tua yang memang terkenal dengan caranya yang agresif telah berkelahi dengan saya kerana saya membaca doa selepas solat fardhu. Dia berkata perkara tersbut adalah bid’ah, dan saya bersetuju memang ia adalah bid’ah. Tetapi saya memberitahunya saya tidak boleh meninggalkan amalan tersebut begitu sahaja kerana masyarakat masih jahil tentang perkara ini, dan mungkin ramai yang tidak akan datang surau kalau saya tidak membaca doa. Memang saya ada niat untuk mendidik masyarakat tentang hal ini, tetapi prosesnya mengambil masa khususnya kerana orang-orang agama lain di seluruh negara terus melakukan bid’ah ini di masjid-majisd besar dan juga di TV. Yang betul-betul mengikut Sunnah seperti Dr MAZA masih sedikit. Itu yang saya cuba sampaikan kepada pak cik tersebut, bahawa perkara-perkara bid’ah ini sudah terlalu serasi dengan masayrakat, kita tak boleh ubah tiba-tiba. Tapi dia tetap bertegas bahawa saya tak melakukan tugas sebagai imam dengan cara yang betul etc. Akhirnya, saya berkata, “Saya tak mahu meneruskan perbicangan ini. Saya akan tukar bila saya rasa waktunya sesuai. Itu saja!”

Sebelum kita bercakap tentang hukum bid’ah, kita perlu faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah tersebut. Secara mudah, bid’ah adalah apa-apa ritual agama yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW mahupun sahabatnya. Kata kunci di sini ialah ritual agama. Maka tidaklah wujud bid’ah dalam amalan keduniaan seperti makan, minum, pakaian, kenderaan dan lain-lain, bahkan bid’ah dalam hal-hal ini memang digalakkan. Tujuan Allah mengutuskan rasul-rasul kepada umat manusia adalah untuk mengajar manusia cara mengenali Tuhan dan bagaimana hendak beribadat kepadaNya. Kalau tiada rasul diutus, maka setiap manusia akan beribadat kepada Tuhan mengikut caranya yang tersendiri, dah disebabkan perkara inilah setiap agama mempunyai cara beribadat yang berlainan mengikut suka sami/paderi/agamawan masing-masing. Maka apabila Rasul telah diutus, sudah tiadalah ruang untuk beribadat ikut suka hati dan adalah menjadi tugas kita untuk mengikut segala tunjuk ajarnya tanpa menambahkan atau mengurangkan apa-apa darinya.

Disebabkan itu, para ulama telah membahagikan hukum amalan kepada dua:

a)      dalam amalan ibadah, setiap perkara adalah haram sehingga ada bukti bahawa Nabi SAW dan para sahabat melakukannya. Hukum ini bukan sahaja pada jenis amalan tersebut, tetapi termasuk jugalah cara melakukannya. Sebagai contoh, nabi solat zohor empat rakaat, maka kita pun wajib solat zohor empat rakaat sahaja. Contoh lain, nabi dan para sahabt sentiasa berzikir sendirian dalam setiap keadaan, tetapi tiada bukti mereka berkumpul ramai-ramai di mana-mana tempat sama ada rumah atau masjid untuk berzikir secara berjemaah dengan satu suara sambil duduk atau berdiri, atau lebih hebat lagi menari. Maka semua ini adalah bid’ah dan tidak boleh dilakukan. Kita perlu ingat bahawa para sahabat merupakan generasi yang paling tinggi imannya dan paling tulen agamanya, dan merekelah yang akan menjadi orang terawal melakukan sesuatu amalan kalau ada kebaikan padanya. Hakikatnya, tiada antara mereka yang melakukan amalan-amalan bid’ah yang berluluasa dalam masyarakat kita hari ini. Kalau mereka tak buat, maka memang tiadalah kebaikan pada amalan tersebut.

b)      dalam amalan duniawi/interaksi sesame manusia (muamalah), semua benda adalah halal  sehingga ada bukti dari Quran atau sunnah yang melarangnya. Contohnya, semua makanan adalah halal dimakan melainkan apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya seperti daging babi, bangkai, darah dan lain-lain makanan.

Maka dengan ini, tidak patutlah orang berkata, “alah, tahlil kan benda baik, takkan tak boleh buat??! Kalau nak sangat ikut nabi, kenape tak naik unta je?” Saya harap dengan penerangan ini, maka jelaslah mengapa hujah di atas tidak masuk akal di sisi syarak.

Ada antara orang agama/ustaz yang berkata bid’ah dibolehkan dengan alasan Sayyidina Abu Bakr membukukan Al-Quran atau Sayyidina Uthman mewujudkan dua azan pada hari Jumaat. Orang-orang agama ini gagal memberi cerita penuh dalam kisah-kisah tersebut. Adakah anda tahu, apakah tujuan Sayyidina Abu Bakr membukukan Al-Quran? Dan adakah dia terus bersetuju untuk membukukan Al-Quran ketika dicadangkan oleh Sayyidina Umar? Pada zaman khilafah Sayyidina Abu Bakr, berlaku peperangan Riddah (golongan murtad) di Yamamah, dan ramai para sahabat yang hafaz Quran telah meninggal (lebih kurang 70 orang). Sayyidina Umar risau kalau lebih ramai para penghafaz Quran meninggal, maka Quran mungkin akan hilang dari muka bumi selama-lamanya. Maka beliau bercadang kepada Sayyidina Umar supaya membukukan Al-Quran. Sayyidina Abu Bakr pada awalnya tidak setuju sama sekali, dengan alasan bagaimana dia boleh melakukan sesuatu yang Nabi tidak buat. Tetapi setelah dipujuk berulang kali oleh Sayyidina Umar dan sahabat lain, maka dia pun bersetuju atas sebab kemaslahatan yang dapat dicapai dari usaha membukukan Quran. Sama juga dengan keputusan Sayyidina Uthman utk melaungkan azan dua kali pada hari jumaat. Pada zaman tersebut orang Islam telah ramai, jadi dua azan tersebut bersebab memberi masa kepada orang untuk hadir ke masjid. Terdapat maslahat khas yang menyebabkan sayyidina Uthman membuat keputusan tersebut. Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, sikap sahabat yang begitu takut untuk membuat sesuatu yang baru walaupun terdapat maslahat (manfaat) yang besar (bahkan musibah yang besar kalau tidak dilakukan).  Bagaimana pula dengan kita yang suka membuat ibadah baru dengan alasan, “benda baik saje pun, apa salahnya??” tanpa ada apa-apa kemaslahatan pada apa yang dilakukan. Tidakkah kita takut pada ancaman Rasulullah bahawa setiap yang baru adalah sesat, dan setiap yang sesat tempatnya di neraka? [hadith dalam sahih muslim]

Rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah, kemudian diikuti dengan rukun-rukun yang lain. Mengucap kalimah syahadah ini bukan seperti rukun-rukun Islam yang lain. Kalau mahu dijadikan analogi, kalimah syahadah adalah tapak rumah yang solid, sedangkan rukun-rukun yang lain adalah tiang-tiang di atas tapak tersebut, untuk membina agama Islam. Tanpa tapak yang solid, tiang-tiang yang lain pun tidak dapat berdiri dengan tegak dan tak mungkin agama dapat didirikan. Jadi apakah maksud mnegucap dua kalimah syahadah? Apakah maksud kesaksian yang diberikan? Apabila kita bersaksi dengan kalimah syahadah, kita mengakui bahawa semua amalan hanya akan diterima oleh Allah kalau mematuhi dua prinsip dalam kalimah syahadah yakni amalan tersbut dilakukan ikhlas kerana Allah, dan yang kedua ia dilakukan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Disebabkan itulah kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Rukun-rukun yang lain tidak bermakna tanpa asas kalimah syahadah. Umpamanya kita ikhlas solat subuh, tapi solat empat rakaat (apa salahnya, benda baik je pun), maka solat itu tidak diterima kerana walaupun ia mematuhi prinsip yang pertama iaitu ikhlas kerana Allah, ia melanggar prinsip yang kedua iaitu mengikut nabi SAW.

Terdapat dua ayat Quran yang patut kita pelajari supaya kita faham mengapa bid’ah tidak dibenarkan. Yang pertama ialah ayat 3 dalam surah al-Maidah. Allah berkata “Pada hari ini, Aku telah menyempurnakan bagimu (wahai Muhammad) agamamu….” Kalau Allah dah sempurnakan agama bagi kita, maka kita bukan sahaja tidak boleh mengurangkan apa-apa darinya tetapi juga tidak boleh tambah apa-apa kepadanya kerana ia memberi implikasi seolah-olah Allah telah lupa untuk mensyariatkan ‘amalan baik’ yang kita buat itu, Maha Suci Allah dari segala kekurangan!

Dan yang kedua ialah ayat 31 dalam surah Ali ‘Imran, di mana Allah menyuruh Nabi SAW berkata kepada umatnya, “Katakanlah(wahai Muhammad), kalau kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mencintaimu.” Jadi cara untuk kita memperoleh cinta Allah bukannya dengan membuat ibadah baru dengan alasan ‘benda baik je pun’ tetapi dengan mengikut apa yang diajar oleh nabi SAW.

Berbalik semula kepada dua insiden di atas, pengajaran dari insiden pertama ialah, kita mesti cuba sama-sama untuk menambahkan ilmu supaya dan membezakan apa yang betul dan apa yang tidak. Bid’ah ini bukan masalah kecil, kerana bukan sahaja ia salah, ia selalunya akan menyebabkan satu Sunnah termakan/ditinggalkan. Dalam cerita ini, majlis ilmu yang merupakan suatu Sunnah, dimakan oleh tahlil yang merupakan bid’ah. Contoh lain, baca yaaseen malam Jumaat, memakan Sunnah membaca surah al-kahf. Majlis tahlil arwah dengan makanan yang disediakan oleh tuan rumah, memakan Sunnah agar kelaurga si mati diberi makan oleh jiran dan kaum kerabat kerana mereka dalam kesusahan emosi. Dan banyak lagi contoh yang lain.

Dari insiden kedua pula, pengjarannya ialah perubahan mengambil masa yang lama. Mendidik masyarakat perlu dilakukan dengan hikmah. Allah menyuruh para rasul menyampaikan risalah dengan ‘balaghul Mubeen.’ Mubeen bermaksud jelas serta menjelaskan, dan merujuk kepada penerangan yang memuaskan intelek. Balagh pula berkaitan dengan penerangan yang memuaskan emosi. Fokus hanya pada aspek ‘mubeen’ tanpa ada ‘balagh’, orang takkan terima. Disebabkan itulah saya tidak menghalang orang dari melakukan tahlil walaupun saya tidak setuju dengannnya. Bahkan, kadang-kadang tahlil itu dilaksanakan oleh kelaurga terdekat, saya masih pergi kerana tidak mahu keluarga salah faham bahawa saya tidak suka kepada mereka. Samalah dengan doa selepas solat. Saya melakukannya walaupun ia adalah bid’ah kerana saya tidak mahu berlaku situasi di mana jemaah tidak datang ke surau kerana takut saya sesat. Memutuskan silaturahim dan memecahkan jemaah adalah dosa yang jauh lebih besar dari dosa tahlil dan doa selepas solat. Dan kita juga tak boleh biarkan sahaja bid’ah berkekalan selama-lamanya tanpa mendidik masayarakat. Didikan perlu dilakukan tetapi dengan cara yang berhikmah, supaya tidak membawa kemudaratan yang lebih besar dari kemudaratan awal. Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan mereka yang menimba ilmu yang bermanfaat, dan berdakwah dengan hikmah demi kita menjadi ummah yang diredhai oleh Nya. Ameen.

Tuesday, 28 January 2014

Pillars of Ibadah

Salam semua. This is another piece of info from the couse I went to. Sharing is caring katenye. May we benefit from it insya Allah.

So, what is Ibadah? I’d like to share Ibn Taymiyyah’s definition on this:

“ A comprehensive term, encompassing all apparent and hidden acts and statements that are beloved  to Allah.”

The requirements for an ‘ibadah to be accepted by Allah are two:

1)      It is done solely for Allah (sincerity)
2)      It follows the sunnah (conformity) i.e. not bid’ah

That’s why the first pillar of Islam is the kalimah. By testifying that there is no deity worthy of worship but Allah, and that Muhammad is the messenger of Allah, we are telling ourselves that the requirements for any deed to be accepted are as mentioned above.

As with all things, Ibadah too has pillars and the pillars of Ibadah are three, namely love, fear and hope. Before that, let’s talk a bit about the division of actions. Simply put actions can be divided into ritual and natural actions.
Ritual actions are ibadah which must be done for Allah like prayer, fasting, zakah, hajj, umrah, everything rasulullah SAW tells us to do like eating with the right hand etc.Ritual actions must be done with sincerity and conformity for them to be accepted by Allah. It is a well known axiom amongst scholars that all ritual actions are haram until proven otherwise by the sacred texts.

Natural actions are neutral i.e. doing or leaving them does not constitute a sin. But if we change our intention to do the natural actions like eating, sleeping, drinking, working, procreating etc for Allah, then we gain a reward for it. This is really important because most of our life is spent doing natural actions, not ritual ones. So it is a great loss if we don’t niat for Allah. Take sleep for example. 8 hours can be a source of reward for us if we make proper niat that is for Allah, or it can be a complete waste of time and count for nothing on the scales on the Day of Judgment. Now when all natural actions become ritual actions because we make proper niat for Allah, then we have achieved ihsan. And what is the definition of ihsan? I’ll let you find that our yourselves but it can be summed in a single term as God-consciousness. Another point to note is that in this category of action, all things are halal until proven otherwise.

Now back to the pillars. The same concept can be applied for the pillars of ibadah as well. The Love of Allah is the most important pillar of the three and the more love we have of Allah, the more we will love others for Allah. If we love others for Allah, then it becomes a blessing and is worthy of reward. One of the seven categories of people to receive the shade of Allah on Judgment Day is 2 people who meet and part from each other for Allah. It is also one of the criteria to taste halawatul iman (the sweetness of iman). The signs of love of Allah are:

1)      to love what Allah loves ( love of the prophets, the believers etc.)
2)      to prefer the love of Allah over the love of other than Allah
3)      to avoid any act that will distance one from the love of Allah

Now let’s move on to fear. Fear of Allah is fearing His punishment if we disobey Him. Natural fear is like fear of snakes, bombs, failing an exam, etc. They are not a problem unless they take control of our fear of Allah. And this is problem when it comes to hantu/jinn. Our fear of jinns are so intense sometimes that we fear them more than Allah, and this can be a problem. The more fear of Allah we have, the less our natural fears because we will realize that nothing can harm us unless Allah wills!

And the last pillar is hope. Hope in Allah means to hope the best and to expect our deeds to be accepted by Allah and our sins forgiven. Let us not follow the famous words of the famous sufi lady, rabi’atul adawiyah who used to make dua’ so Allah throws her in Hell if she worshipped in hope of His mercy rather than for love per se. Even Rasulullah used to pray for Jannah and for his sins to be forgiven and that Allah saves him from the fire. And you know what? NOBODY is better than rasulullah SAW.

Now natural hope is the most problematic of the 3 emotions (pillars)because it interferes with tawakkul. Hoping in technology is a big problem for us nowadays. We hope to find our destination using GPS, depending on it completely, to the point of forgetting to make dua’ to Allah to make easy our journey. The same with placing our trusts in a doctor to cure us of our illness. It is imperative to see a doctor, to seek treatment, but the hope must be placed in Allah, not the doctor. And that’s why natural hope is the least desirable of all because it makes us lose our dependence on Allah and hence we forget Him. One way to reduce this is to make dua’ for everything we need big or small before seeking the means to fulfill the need. We usually do this only for exams, but it is important for all things even if it is just about buying a new watch because the old one is not working anymore, or before catching a bus so we’re not late and all other things which may seem trivial but will nonetheless train our hearts to depend on the Owner of the heavens and the earth, Allah ‘azza wa jalla.

So, to summarise, in the case of love, if it is not associated with God consciousness, it is not sinful (provided the love on it’s own is halal like love between husband and wife, NOT bf and gf!) but not rewarded. The same with fear. In the case of hope however, it is bad because it interfers with tawakkul and there is potential for sin. There are many amongst us who love to be in the company of important people like ministers and pengarah of this and that so we can gain favours from them. This is VERY unhealthy because it can corrupt our hearts terribly so as to depend on them and forget Allah completely. As mentioned above, it’s okay to ask for help and in fact it is encouraged, but the final hope must be placed in Allah alone because it is only by His will that something will or will not come to pass. Tawakkul does not mean sit down and hope for things to come to us. Remember the hadith about the tying the camel? We must put in our effort first and then place our hope in Allah. Ini kalau dah bangun lambat sebab tengok bola lepas tu mintak kat Allah supaya tak lambat sampai kelas… harosla kene sambar dgn petir kan!

Ape-ape pun, tawakkul is not easy. Especially in our time when everything is so easily obtainable, it really does make us lose our dependence on Allah. And that’s why it’s important to take steps from now to train our hearts to place our hope in Allah. The more hope we have in Allah, the less anxious we will become because we know Allah will provide for us. I will end with a hadtih and verse from surah at-Talaq famously known as ayat seribu dinar (people always put this in homes and offices with the hope of becoming rich just by putting the ayat up the wall. This is wrong! It is with following what the ayat says that we will be enriched by Allah from all aspects):

From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet (saw) who said:

"If only you relied on Allah a true reliance, He would provide sustenance for you just as He does the birds: They fly out in the morning empty and return in the afternoon with full stomachs."
Ahmad, An-Nasaa’I, Ibn Majah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: "Hassan sahih"

And whosoever fears Allâh and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty). And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allâh, then He will suffice him. Verily, Allâh will accomplish his purpose. Indeed Allâh has set a measure for all things.” At-Talaq verses 2-3

(originally posted on facebook on the 18th of march 2012)