Saturday, 30 November 2013

Batas aurat ketika bersalin.... like really??

Dah takde tajuk lain ke yang nak dibincangkan sampai kena buat topik yg kurang bernas seperti "Batas aurat ketika bersalin"??? Kenape pemikiran ustaz/ustazah kita extreme sgt.... on the one hand we have this trivial topic, on the other kafir-mengkafir. banyak lagi benda lagi penting yang perlu cakap! Also, inilah pandangan saya sbg bekas doktor yang telah bekerja di wad kanak2 HKL (selama 4 minggu saya juga bekerja di wad neonatal dan labour room iaitu ward bersalin, maka saya tahu sedikit sebanyak tentang situasi di sana):

1) Tak cukup doktor wanita la cik ustazah oi untuk buat wad bersalin yg hanya ada doktor wanita sahaja. i'm talking about doktor pakar ye. doktor yg HO-HO ni tak main la. Ramai doktor wanita tak nak jadi pakar O&G sebab kerja tu hectic sikit. maklumlah, ada keluarga untuk dijaga dan lain2. takkan nak paksa mereka kan. Kalau semua ustazah2 yang suka berhujah di TV dgn hujah2 yg menghairankan jadi doktor, mungkin masalah ini boleh diselesaikan.

2) kalaupun dah cukup doktor, menjaga hal2 wanita bersalin wajib dipelajari oleh bakal doktor. Di UK, walaupun Junior doktor boleh memilih untuk tidak buat O&G kalau sudah tahu bahawa dia mahu menjadi pakar perubatan misalnya, doktor2 yang mahu menjadi GP masih wajib menjalani latihan O&G kerana di klinik2 pasti akan perlu menangani masalah ini. Dan semua pelajar perubatan memang wajib menjalani latihan O&G kerana ilmu itu sebahagian dari perubatan. Doktor yg takde ilmu langsung pasal sakit wanita samalah seperti ustaz/ustazah yang tahu berfatwa sini sana tetapi tidak tahu membaca Quran. logik ke? (ok, mungkin ini perbandingan yang extreme sikit...)

3) Kadang2 di kawasan pedalaman yg hanya mempunyai klinik, doktor klinik juga yang terpaksa handle apa-apa masalah sebelum pesakit dibawa ke hospital. dan selalunya, doktor yg sanggup ke pedalaman adalah doktor lelaki la. doktor pompuan prefer to be near their husbands. so kalau dah macam tu, tiba2 datang sorang kakak nak bersalin, takkan nak cakap, " maafla ye, awak bersalinla sendiri, saya tak tau macam mana nak menyalinkan baby awak." bolehkah terima jawapan macam tu ustazah?? actually tak payah pergi pedalaman pun, bandar2 yang takde hospital besar pun selalunya bergantung kepada klinik2 kesihatan untuk first line treatment.

4) Of course hak untuk memilih doktor sejantina sepatutnya dipelihara. Pesakit boleh request utk dirawat oleh doktor perempuan sahaja. Di UK, perkara ini sgt dijaga. Saya sendiri pernah 'ditendang' keluar dari bilik persalinan kerana ibu Muslim itu tak mahu ada lelaki dalam bilik. di Malaysia pun setahu saya perkara ini dijaga, cuma kadang2 susah sebab tak cukup doktor perempuan. expecially kalau hospital mcm HKL, orang dok beranak non-stop kiri kanan, tak mungkin boleh cukup doktor perempuan untuk semua pesakit.

5) also ustazah, takde lelaki yg akan naik syahwat bila tgk orang perempuan dok beranak, dgn darahnya, kadang2 dgn meconium hijaunya, dgn maknya dok menjerit, dgn bidannnya dok melaknat. Itu bukan situasi yg boleh timbul fitnah atau menaikkan syahwat lelaki. Yang dah pengsan ramai, tapi yang naik syahwat ketika menyaksikan proses kelahiran, itu belum pernah saya dengar.

6) dah cukup la... siapa2 nak tambah silakan.

(originally posted on facebook in nov 2013)

No comments:

Post a Comment