Monday, 26 May 2014

Kenapa babi menjadi mangsa lagi? Kenapa???



Baru-baru ini kita 'digemparkan' dengan berita tentang penemuan DNA babi dalam coklat. Apabila saya mendengar berita tersebut, saya menjadi irritated bukan kerana penemuan DNA babi tersebut, tetapi kerana memikirkan apa manfaat yang dapat diperoleh daripada ujian untuk mengesan DNA babi.

Sebelum kita masuk ke dalam kisah DNA babi ni, mari sama-sama belajar serba sedikit tentang halal haram makanan. Tahukan anda bahwa, ulama membenarkan kita makan makanan yg disediakan oleh orang lain, yg diketahui pendapatannya adalah haram ?? Ada yang meletakkan jumlah pendapatan yang haram tersbut mesti kurang daripada 50% daripada jumlah keseluruhan. Sbg cth: katakan 40% daripada sumber pendapatannya diketahui haram, kita masih boleh makan makanan yang disediakan olehnya. Pause sebentar. Ini bukan bermaksud kita kena pergi siasat sama ada pendapatannya halal ataupun tidak. Tapi kalau memang dah tahu kerana pernah berurusan dengannya, ataupun merupakan kawan karibnya, itulah yg dimaksudkan dengan mengetahui hal ehwal pendapatan seseorang. Bukan pergi menyiasat.Itu tugas kerajaan yg memerintah.

So generally speaking, syariah tidak menggalakkan usaha-usaha untuk menyusahkan diri sendiri. Ambil sahaja apa yg ditemui pada face value nya. Now back to DNA babi tadi. DNA bukanlah benda yg besar yg boleh dilihat dengan mata kasar ataupun mikrsokop biasa sekalipun. Ia hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop, tetapi boleh dikesan dengan teknik-teknik moden seperti PCR (polymerase chain reaction). Proses ini boleh menggandakan cebisan DNA yg ditemui di mana-mana untuk mengenalpasti asal DNA tersebut. Setelah mendengar penjelasan ini, mari berfikir sejenak. Adakah patut 'saintis-saintis Islam' menggunakan teknologi terkini untuk melakukan sesuatu yang langsung tidak dituntut oleh syarak, bahkan bercanggah dengannya, demi menyusahkan umat Islam?? Sedang kita dok sibuk mempaten PCR utk mengesan DNA babi utk kononnya memastikan makanan 100% halal, saintis-saintis lain di seluruh dunia menggunakan otak untuk buat penemuan-penemuan yang betul-betul memberi manfaat kepada umat manusia. Seorang sahabat telah bertanya soalan yang bernas: kenape berhenti dekat DNA babi je? kenape tak cek DNA kucing, anjing, helang, ular, dan haiwan-haiwan lain yang haram untuk dimakan juga? actually saya rase kebarangkalian makanan itu untuk tercemar dengan DNA kucing lagi tinggi daripada tercemar dgn DNA babi. Kenape babi dijadikan mangsa?! kesian kat babi.... gambar kena hitamkan muka la, dituduh mencemarkan coklat la...  ini mesti agenda kucing untuk mengambil alih dunia. :p

So, saya menyeru saintis-saintis Islam supaya menggunakan kepintaran anda untuk kajian-kajian yang betul-betul membawa manfaat kepada umat. Dan saya menyeru kepada ustaz-ustaz di jabatan-jabatan/NGO-NGO agama supaya menggunakan masa yang ada supaya mendidik masyarakat bahaya rasuah, mencuri masa waktu bekerja, malas bekerja, tidak ihsan ketika bekerja, dan lain-lain. Ini semua jauh lebih banyak berlaku dan menyebabkan sumber pendapatan menjadi haram dan seterusnya apa yang dibeli dengan pendapatan tersebut pun haram seperti pakaian, tempat tinggal, utility, dan makanan. Bukan makanan sahaja! Toksa nak membazir masa menyalahgunakan teknologi untuk mencari kehadiran DNA babi yang sangat-sangat insignifikan dalam makanan.

Ustaz-ustaz mungkin perlu belajar melapangkan dada dengan menggunakan ilmu syariah yang dipelajari untuk memudahkan urusan umat, bukan menyusahkan dan menyempitkan. Itu bukan matlamat syariah. Satu lagi perkara yang saya memang tak tahan ialah bagaiamana ustaz-ustaz memupuk perasaan was-was ke dalam umat melayu, contohnya supaya tidak makan dalam kedai mamak sekalipun sebab takut pemasaknya Hindu. So what?? So what kalau die Hindu?? sejak bila syarat sah halal makanan ialah pemasaknya kena Islam? Nabi SAW telah makan kambing yg diracun oleh perempuan Yahudi ketika perang Khaybar. Dan tiada seorang pun di antara kita yang lagi warak dari nabi SAW.

Also, stop already with the 'mempersendakan umat Islam'. I'm actually quite disappointed with a certain NGO that I thought was fair and moderate, but it turns they want to sue cadbury 'kerana cubaan mempersendakan agama.'

P/S: ini adalah pandangan saya semata-mata. bukan fatwa. masing-masing ikutlah apa yang selesa. pandangan saya besar terpengaruh dengan pengalaman duduk di UK di mana umat Islam di sana terpaksa respond dengan hikmah apabila berhadapan pelbagai tuduhan seperti 'islamisasi melalui daging halal,' sedang kita pula terlompat sini-sana kerana terjumpa DNA babi dalam coklat. Kalau gelatin boleh la saya faham juga, tapi saya mmg tak boleh nak terima kenapa kita kena cari kehadiran babi sampai ke DNA. Puzzling!

rujukan:
http://en.islamtoday.net/node/1089
http://islamqa.info/en/126486

No comments:

Post a Comment