Monday, 18 May 2015

Nak Kahwin? Part 2

Baik, mari kita teruskan diskusi ayat-ayat perkahwinan dalam surah An-Nisa'.


".......Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina......." An-Nisa 4:24

Ayat ini panjang dan mengandungi hukum-hukum fiqh tentang mahar, tapi itu perbincangan di luar skop diskusi di sini. Jadi saya akan fokus pada satu bahagian ayat tersebut, khususnya perkataan 'muhsinin'. Perkataan muhsinin ini (dengan huruf sod, bukan seen), maksudnya ialah to fortify/shelter. Perkataan hisn dalam bahasa arab maksudnya kubu. Jadi perkataan muhsinin maksudnya bukan setakat bernikah seperti terjemahan di atas, tetapi lebih dalam lagi, ia bermakna membawa seorang wanita ke dalam kubu untuk dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Bukan masuk rumah, masuk kubu! Kubu adalah tempat di mana penghuni-penghuninya rasa selamat dari gangguan musuh. Mereka tidak perlu risau tentang apa-apa, boleh hidup dengan aman dan tenang. Bukan dinamakan kubu kalau suatu kawasan selamat dari musuh luar tapi penduduknya hidup sengsara di dalam. Itu penjara namanya! Maka terlaknatlah mereka yang berkahwin tetapi tidak menjaga isteri dengan baik, atau lebih teruk, menyakiti isteri dari segi emosi mahupun fizikal.

Selain itu, dari ayat di atas, kita boleh mengambil pengajaran bahawa antara perkara paling utama yang seorang lelaki perlu untuk menjaga perempuan yang ingin dikahwini, adalah harta! Sebab itu ayat tersebut berkata, "dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan untuk dinikahi dengan HARTA kamu." Bukan bermaksud perlu kaya-raya, tapi sekurang-kurangnya kena ada cukup untuk menjaga isteri dan keluarga. Duit memang merupakan antara sebab utama ramai pasangan muda bercerai. Memanglah pada awalnya masing-masing berkata tidak apa, because all that matters is loveeeee. But love is blind and sometimes stupid too! Mungkin boleh bertahan setahun dua, tapi harta memang boleh menjadi isu besar dalam rumahtangga. Janganlah nak bandingkan diri dengan para sahabat yang sanggup berpuasa kalau tiada makanan di rumah, atau isteri-isteri para salaf yang berpesan kepada suami-suami mereka, "Jangan bawa balik rezeki haram. Kami sanggup berlapar, tetapi tidak sanggup tahan api neraka!" Kebanyakan kita bukan seperti mereka. Solat lima waktu pun ada yang tak cukup, ada hati nak guna hujah cara hidup sahabat. Wake up and smell the coffee!

Ramai orang muda juga suka quote ayat 32 dari surah An-Nur tentang perintah mengahwinkan mereka yang tiada suami atau isteri (actually the word ayaama  in the verse refers to widows/widowers but it can refer to single unmarried young people. That is not the most direct meaning however.) walaupun tiada financial stability kerana mereka berkata, Allah akan memperkayakan mereka melalui perkahwinan seperti yang disebut ayat itu. Mereka lupa membaca ayat seterusnya di mana Allah menyuruh mereka yang tidak mampu untuk berkahwin supaya menahan diri dulu sehingga Allah memperkayakannya dari khazanahNya!

Oleh itu wahai para lelaki (termasuk diri ini), pastikan kalian sudah betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab kalau mahu berkahwin. Entri ini bukan bertujuan menghalang anda dari berkahwin atau menggalakkan supaya perkahwinan dilambatkan. Tidak. Perkahwinan itu adalah sunnah Nabi SAW. Jadi kita sepatutnya look forward to getting married. Tapi janganlah pandai menuntut ketaatan dari isteri, atau lebih teruk lagi memukul mereka dengan alasan ia terdapat di dalam Quran pada ayat 34 surah An-Nisa'(belajarlah ayat tersebut dengan elok di dalam konteks seluruh surah tersebut dan takutlah dengan peringatan Allah pada hujung ayat tersebut iaitu Allah Maha Tinggi dan Maha Besar yakni janganlah kamu fikir darjatmu tinggi sangat atau kamu besar sangat sampai boleh meyakiti isteri, kerana Allah lebih Tinggi dan Besar dari kamu!) sedangkan diri sendiri tidak melaksanakan tugas dengan sempurna sepertimana para rasul ululazmi berikrar untuk menyempurnakan tugas mereka, atau tidak takut seolah-olah akan dihempap gunung dek memungkiri janji mithaqan ghalizan dengan isteri!

Marilah kita sama-sama membaiki diri dan terus menambah ilmu dengan mempelajari ayat-ayat Allah secara umum, dan ayat-ayat dari surah ini secara khusus dalam konteks perkahwinan. Walaupun kursus kahwin di Malaysia wajib dihadiri semua muslim sebelum kahwin, saya dapati manfaaat yang diperoleh terlalu sedikit dan perkara-perkara penting seperti tafsir ayat-ayat yang dibincangkan di atas langsung tidak diberi perhatian. Maka saya pun menulis entri ini dengan harapan ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca insya Allah.

Akhir kata, saya ingin berkongsi satu lagi ayat dari surah An-Nisa' tentang perkahwinan. Walaupun cerai/fasakh/khulu' adalah hukum-hukum yang dibenarkan dalam masalah rumahtangga, tetapi ia bukanlah benda yang disukai oleh Allah melainkan masalahnya memudaratkan mana-mana pihak. Sekalipun kita sampai satu tahap kita tidak suka kepada isteri, cubalah teguhkan diri dan terus berpegang padanya, kerana mungkin Allah akan mendatangkan banyak kebaikan darinya:



"....Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." An-Nisa 4:19






No comments:

Post a Comment