Walau bagaimanapun, saya tidak akan memetik ayat-ayat yang mengajak kita supaya berfikir tentang ciptaan dan kuasa Allah melalui pemerhatian alam, kerana ayat-ayat sedemikian rupa terlalu banyak. Bukalah mushaf dan pasti akan terjumpa ayat-ayat tersebut di mana-mana muka surat. Apa yang saya ingin menyebut di sini ialah ayat-ayat di mana Allah menggunakan perkataan 'allama' (mengajar) secara terus untuk merujuk kepada 'ilmu sekular' yang diajar oleh Allah jalla wa 'ala kepada manusia. Ayat-ayat ini saya rasa adalah hujah paling kuat untuk membongkarkan dan harap-harap merawat kejahilan sesetengah kelompok masyarakat yang sering membezakan kepentingan kedua-dua jenis ilmu ini. Berikut adalah contoh-contohnya:
a) Ilmu bahasa
b) Ilmu guaman/menulis kontrak (dari ayat paling panjang dalam Quran)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَن يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّـهُ ۚ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. [Al-Baqarah ayat 282]
c) Ilmu membuat baju besi
وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّن بَأْسِكُمْ ۖ فَهَلْ أَنتُمْ شَاكِرُونَ ﴿٨٠﴾
"Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?" [Al-anbiya' ayat 80]
Satu perkara menarik dalam ayat ini, permulaannya adalah tentang bagaimana Allah mengajar Nabi Daud membuat baju besi, tetapi di pertengahan ayat Allah tiba-tiba menukar dialog kepada bercakap dengan kita, mengingatkan kita bahawa ilmu ini yang diajarNya kepada nabi Daud adalah sebenarnya sebagai nikmat kurniaanNya ke atas kita, agar kita bersyukur!
d) dan yang paling dahsyat sekali (save the best for the last bak kata omputih), ilmu cara menggunakan anjing buruan ( tiba-tiba kedengaran orang menjerit di background HARAM HARAAAAAAAAMMMMM!!!!)
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّـهُ ۖ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿٤﴾
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya." [Al-Maidah ayat 4]
Tu dia, Allah mengajar manusia cara menggunakan anjing sebagai binatang buruan.
Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, kalau ilmu anjing buruan pun diajar oleh Allah, apatah lagi ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat kepada manusia seperti perubatan ??
Pointnya di sini ialah, janganlah memperkecilkan ilmu-ilmu sekular kerana semuanya datang dari Allah jua! Memang tidak dinafikan ilmu Al-Quran dan sunnah itu lebih penting kerana itulah ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti, tetapi tidak bermaksud ilmu-ilmu yang lain tidak penting. Belajarlah semuanya walaupun dari orang kafir kerana itu akan menjadikan kita insan yang yang berguna di dunia dan di akhirat. Hadith nabi SAW:,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَلِمَةُ الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا
Dari Abu Hurairah: Rasullah SAW berkata, "Al-hikmah (kebijaksanaan) adalah barang hilang orang mukmin. Di mana-mana dia menjumpainya, dialah lebih berhak untuknya (dia patut mengambilnya).
(Hadith hasan riwayat Tirmidhi)
Jadi lain kali, sebelum menolak kajian-kajian Barat seperti kepentingan vaksinasi, ubat-ubat diabetes dan lain-lain, atau lebih teruk melabel ilmu-ilmu ini sebagai ilmu kafir, silalah ingat balik ayat di atas terutama ayat berkaitan anjing buruan. Sebenarnya bagi orang alim (alim di sini dengan maksud orang berilmu, bukan alim seperti yang diguna oleh orang melayu utk merujuk kepada org yg berserban/bertasbih yg duduk di surau 24/7), perkara ini tidak pernah menjadi isu. Ia hanya menjadi masalah apabila ada golongan yang belajar sedikit agama (half baked or less) tapi mahu menjadi mufti di sini sana.
p/s: Yang sebaiknya, ilmu patut dibahagikan kepada cara ia diperolehi yakni aqli (melalui pancainderan dan akal) dan naqli (melalui wahyu) yang kadangkala juga disebut sebagai sunnatullah dan syariatullah. Pembahagian sebegini lebih harmoni dengan konsep ilmu dalam Islam kerana ia adalah berkaitan cara ilmu diperolehi dan bukan pula sumbernya, kerana sumber segala ilmu adalah Allah. .
No comments:
Post a Comment