Friday, 14 August 2015

Peringatan solat sebelum amaran

Menjaga solat adalah benda yang akan menjadikan seseorang itu reseptif kepada amaran Tuhan seperti yang disebut dalam ayat di bawah:

6:92

"Dan ini ialah Kitab yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat, lagi mengesahkan kebenaran yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi amaran kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap memelihara solatnya." Al-an'am 6:92

Perhatikan ayat di atas. Allah berkata, orang yang beriman dengan hari kiamat, merekalah yang akan percaya kepada Quran (khususnya amaran-amaran di dalamnya, menurut konteks ayat). Dan bukti mereka percaya kepada hari kiamat (dan by extension amaran-amaran di dalam Quran) ialah mereka menjaga solat. Dengan sebab itu,kepentingan menjaga solat (bukan sahaja mengerjakannya, tapi MENJAGANYA) perlu ditekankan sentiasa apabila kita memberi tazkirah. Tiada guna kalau kita memberi amaran pasal neraka kalau audience yang mendengar, solat pun tidak jaga. Mereka tidak akan dapat appreciate betapa beratnya amaran Tuhan. Selain amaran, keberkatan Quran pun tidak dapat diraih kalau solat tidak dijaga.

It is for that reason, that I always remind those in my halaqah, that if they were to forget everything i have said, they should at least remember one advice i.e. "Always guard your prayer," for without it, nothing else will fall in place.

No comments:

Post a Comment