Wednesday, 25 March 2015

Adab apabila agama diperolokkan


And it has already been revealed to you in the Book (this Qur'ân) that when you hear the Verses of Allâh being denied and mocked at, then sit not with them, until they engage in a talk other than that; (but if you stayed with them) certainly in that case you would be like them. Surely, Allâh will collect the hypocrites and disbelievers all together in Hell." Quran 4:140

Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dari satu ayat ini. Dua yang sangat kena dengan isu semasa sekarang adalah seperti berikut:

1) Jangan duduk bersama dengan orang yg mempersendakan agama, nescaya kite tergolong dlm kumpulan munafiq dan kafir yang akan masuk neraka bersama-sama. Kalau duduk untuk mendengar pun tak boleh, apatah lagi menyebarkannya kepada orang lain supaya orang lain boleh dengar juga?? Ini memang penyakit orang Melayu. Setiap kali ada video yang kontroversi, terus disebarkan di laman sosial.

2) Walaupun Allah melarang duduk bersama orang seperti ini, tetapi larangan itu bukan selama-lamanya. Kalau mereka berubah topik, boleh duduk dan bercakap balik. Allah mengajar kita supaya jgn melampau dalam memulaukan orang. Kalau pulau org pun tak boleh jika mereka dah berhenti memperolokkan agama, apatah lagi ancaman membunuh/merogol dan sebagainya??

Kalau nak sokong hukum Allah, sokonglah dengan cara berhikmah. Kalau sokongan yang diberikan pun diluahkan dalam bentuk pemikiran yang ekstrim, macam mana nak orang sokong hukum2 tersebut? Kalau tak boleh nak berinteraksi dengan satu individu dengan cara yang adil, bagaimana pelaksanaan hukum Allah (di mana keadilan adalah prinsip utamanya) dapat dijalankan dengan baik?? Janganlah jadi fitnah kepada agama sendiri. Mari kita sama-sama bertaubat dan berusaha membaiki diri kerana itu merupakan langkah pertama sebelum kita bergerak kepada benda-benda lain yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment