Terdapat beberapa pengajaran penting yang boleh kita pelajari daripada penghijrahan Nabi ke Madinah. Antaranya:
1) Persiapan yang sangat rapi sebelum
bertawakkal kepada Allah. Itulah cara bertawakkal yang sebenar:
a) Abu Bakr memberi makan kepada 2
untanya selama 4 bulan sebelum hijrah untuk menggemukkan keduanya supaya
bersedia untuk perjalanan yang jauh.
b) Rasulullah SAW bertemu dgn Abu Bakr
pada waktu qaylulah (orang sedang tidur dan tidak berkeliaran kerana panas)
sambil menutup muka pada hari sebelum mereka bertolak. Mereka bertolak pada
waktu malam.
c) Meletakkan Ali di tempat tidurnya
sebagai ‘decoy’.
d) Abdullah ibn Abu Bakr berjumpa
mereka tiap-tiap hari di gua Thawr utk memberitahu perihal org Quraisy. Amir
bin Fuhayrah membawah kambing-kambingnya supaya memadamkan kesan tapak kaki
Abdullah ibn Abu Bakr.
e) Asma bint Abu Bakr membawa makanan
untuk mereka
2) Tidak mengabaikan tanggungjawabnya
walaupun dalam keadaan getir.
a) Menyuruh Ali r.a. mengembalikan
semua harta milik org Quraisy yg diberikan kepadanya untuk simpanan. Walaupun
orang Quraisy tidak percaya kepada kenabian Rasulullah, mereka tetap
mempercayainya dalam hal-hal lain kerana sikapnya yang tidak pernah menipu
serta amanah (demikianlah gelarannya al-amin sejak sebelum trun wahyu lagi),
lalu ramai yang mengamanahkan harta mereka untuk disimpan oleh Nabi SAW untuk
pelbagai sebab seperti jikalau mereka keluar bermusafir contohnya. Alangkah jauhnya kita umat Islam dari sifat ini pada masa sekarang....
b) Terus melakukan da’wah sepanjang
perjalanan. Terdapat 4-5 peristiwa di mana beberapa orang menerima Islam
apabila bertemu Rasulullah dlm perjalanannya. Yang paling terkenal kisah Ummu
Ma’bad (yang kambing tuanya diurut oleh Nabi sampai boleh mengeluarkan susu
yang banyak) dan Suraqah ibn malik.
3) Memilih mereka yang terbaik untuk
urusan penting walaupun mereka bukan Muslim, asalkan amanah. Contoh: Rasulullah
mengupah Abdullah ibn Urqut/Uraiqit, seorang musyrik yang pandai tentang
jalan-jalan di gurun, untuk membawanya mengikut jalan yang jarang dilalui ke Madinah.
4) Tiada benda percuma dalam hidup!
Semua mesti diusahakan:
a) Rasulullah sendiri membeli unta dari
Abu bakr (yang kemudiannya dinamakan Qaswa) walaupun ditawarkan kepada
rasulullah untuk digunakan tanpa apa-apa bayaran.
b) Golongan Ansar menghadiahkan separuh
dari tanaman mereka kepada muhajjirun, tetapi tidak diterima oleh Rasulullah.
Beliau hanya bersetuju jika muhajjirun bekerja di ladang-ladang mereka, dan
kemudian baru menerima buah-buahan sebagai gaji.
5) Memberi keutamaan kepada yang
penting dan mudah. Nasihat Rasulullah apabila tiba di Madinah padat dan mudah
iaitu :
وعن أبي يوسف عبد الله بن سلام رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
"يا أيها الناس أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام وصلوا والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام" ((رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح))
Demikianlah beberapa pengajaran yang dapat saya coretkan. Kebanyakan maklumat di sini diambil dari kuliyyah Sh Yasir Qadhi tentang hijrah yang boleh ditonton di sini. Saya syorkan saudara dan saudari untuk menontonnya. Sangat bermanfaat!
Salam Ma'al Hijrah.
No comments:
Post a Comment