DIABETES
Kita baru mendengar berita sedih tentang kematian Ustaz Harun Taib.
Saya tidak mengenali beliau, tetapi saya rasa ramai yg byk mendpt
manfaat darinya. Semoga Allah merahmatinya atas segala usahanya, ameen.
Saya mendapat tahu bahawa dia telah meninggal kerana komplikasi
diabetes aka kencing manis. Beberapa bulan lepas, Ustaz Azizan pun
meninggal kerana komplikasi diabetes. Saya rasa, ramai
di kalangan penceramah menghidap penyakit ini kerana beberapa sebab.
Pertamanya, mungkin ada kecenderungan genetik dalam kaum melayu untuk
menghidap penyakit ini. Yang kedua adalah pemakanan orang melayu. orang
melayu suka menghidang makanan yang lazat serta berkandungan gula
tinggi, dan penceramahlah selalu menjadi mangsa kerana setiap kali
dijemput akan dijamu dgn pelbagai makanan yg berbahaya. Saya juga sejak
dua menjak ni, apabila dijemput memberi tazkirah sering dihidang dgn
makanan yg bergula(karbohidrat) tinggi. Kalau tak makan, nanti jemaah
merajuk sbb ingat kita tak sudi. Walaupun saya sudah beritahu supaya jgn
sediakan makanan, tetap dijamu juga.
so bagaimana nak
selesaikan masalah ini? Saya rasa semua pihak kena lebih peka tentang
bahayanya penyakit kencing manis. penceramah kalau boleh beritahulah
dekat jemaah supaya tak perlu sediakan apa2 makanan. Minuman sudah la
kot. Jemaah pula patut sedar bahawa menjamu ustaz2 makan, walaupun dpt
pahala, membahayakan kesihatannya, especially kalau ustaz famous yg
selalu dijemput utk berceramah. Kalau nak mendapat manfaat yg lebih
berpanjangan drp ustaz2, maka jamulah makanan yg sihat-sihat seperti
buah-buahan ke, ulam ke dan lain2. toksa la nak buat kuih/ nasi/ ayam
masak merah etc.
Malaysia sekarang sudah menjadi negara
tergemuk di Asia Tenggara dan kegemukan mmg menambahkan risiko utk
menghidap kencing manis. Jgn fikir "Ala, kencing manis je pun. Kalau dah
kena cuma tak leh makan manis2 la. Selain tu ok kan. Chill la bro!"
CHILL KEPALA LUTUT HANG! Diabetes adalah penyakit yg sgt2
'debilitating'. Setelah 10 tahun menghidap diabates, hampir semua organ
dalam badan akan mula rosak. So tolonglah jgn ambil ringan hal ini.
Marilah kita sama2 menjalani gaya hidup sihat dgn menjaga makanan, dan
banyakkan bersenam. Mmg ajal maut di tgn Tuhan, tapi badan kita adalah
amanah Allah kepada kita utk dijaga. maka berdosala org yg menganggap
remeh usaha2 menjaga kesihatan.
Ayuh ke arah gaya hidup sihat (maaf sebab cliche sgt)
No comments:
Post a Comment