Khatib menceritakan pengalamannya ketika umrah tahun lepas. Beliau memberi tazkirah kepada jemaah umrah ttg menyayangi ibu bapa. Maka dtgla seorang mak cik berumur 55 tahun kepadanya dan berkata, dia dah 20 tahun tak bercakap dgn mak dia sbb bergaduh. Maka khatib pun menyuruh mak cik tu membeli hadiah utk diberi kepada maknya. Mak cik tu kata dia tak tau nak beli apa sebab dah lama sgt tak ckp dgn mak dia. So mak cik tu pun memberi 100 riyal kepada khatib utk membeli hadiah. Khatib memberi selendang 20 riyal dan memulangkan bakinya. Khatib menyuruh mak cik tu memberi selendang kepada ibunya setelah kembali ke tanah air. Selepas seminggu, mak cik itu pun menelefon khatib utk memberitahu tentang ibunya. mak cik berkata, apabila tiba di rumah ibunya, die terkejut ibunya tak memarahinya, tetapi terus berlari ke arahnya dan mendakapnya kuat lalu berkata, "Mak minta maaf nak, kalau mak tersilap." Barulah mak cik tu sedar sebenarnya ibunya itu sgt merinduinya. Dan mak cik pun meletakkan selendang di atas bahu maknya.
saya share cerita ni sbb saya terharu mendengarnya. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small." Al-Isra' (17) verses 23-24

No comments:
Post a Comment